Thursday, May 5, 2011

11.Saya nak belajar agama dengan lebih mendalam dari segi praktikal,solat,tauhid,feqah,aqidah dan menikmati saat-saat seperti saya di sekolah agama SMKA KUALA SELANGOR dulu.

12.Saya mahu menunaikan umrah dan haji bersama-sama Suami , Encik Ramlee, emak saya Puan Rosinah@Rosita Ismail dan Encik Idris Bin Sham juga anak saya Muhammad Ziqri Rizqin Ramlee DAN juga adik-adiknya yang bakal menyusul.

13.Saya mahu menghantar ibu dan bapa saudara suami saya yang membela dan menjaga suami saya sehingga suami saya dewasa untuk menunaikan Umrah dan Haji.

14.Saya mahu membuka akaun emas dan menyimpan emas untuk merasakan getarraaaannnn emas itu!

15.Saya mahu membayar dan melunaskan segala hutang saya dengan PTPTN,kawan-kawan,saudara mara,bank dan clearkan nama saya dari mungkin disenaraihitamkan.

16.Saya mahu pergi kelas dandanan dan fashion agar saya dapat tampil cantik di mata suami saya.


17.Saya mahukan sebuah rumah yang mempunyai bilik untuk :



  • saya dan suami

  • anak2 lelaki

  • anak2 perempuan

  • emak dan abah saya

  • ibu dan bapa mertua saya

  • tetamu lelaki

  • tetamu wanita

  • tetamu kelamin

  • bilik solat jemaah

  • bilik perpustakaan/membaca/menelaah

  • ruang santai teater

  • bilik rehat pembantu rumah (rumah pembantu rumah disediakan berasingan namun masih didalam kawasan pagar rumah)

18.Saya mahukan handphone yang baru dengan kamera 5.0mp ke atas.


19.Saya mahukan anak-anak saya dapat belajar sehingga PhD dan mempunyai sikap cintakan ilmu sehingga ke Syurga.


20.Saya mahu belajar menembak dan menyertai mana-mana unit Pakaian Seragam walaupun secara Simpanan.


21.Saya mahu berada diantara wanita dibarisan hadapan jika Malaysia atau Islam diceroboh dan berperang.



Monday, April 4, 2011

101 GOALS

MY 101 GOALS








  1. Saya nak kuruskan badan saya mencapai BMI Ideal saya.Berat yang saya mahukan adalah 55kg.




  2. Saya mahu syarikat saya OYA ANEH ENTERPRISE dikenali sebagai satu branding yang terbaikk di Malaysia.




  3. Saya mahu menghantar anak-anak saya BELAJAR di sekolah China/Sekolah Swasta (antarabangsa)




  4. Saya mahu membeli rumah atas nama saya sendiri.




  5. Saya mahu mengambil lesen memandu.




  6. Saya nak belikan emak dan abah saya sebuah kereta Mercedes/BMW esklusif mengikut citarasa mereka siap dengan pemandu.




  7. Saya mahukan premis perniagaan sendiri dan outlet / vendingpointyang banyak,secara permulaan 4outlet setiap negeri.




  8. Saya mahukan pendapatan mingguan bermula dengan RM1000 dan menaik terus ke atas angka dan nilainya!!!




  9. Saya mahukan suami saya berhenti berkerja makan gaji dengan orang lain. Saya mahu beliau turut serta kendalikan perniagaan keluarga kami.




  10. Saya mahukan suami saya berhenti merokok rokok biasa(konvensional) ataupun rokok elektrik.

1st day after IMKK KL 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Syukur alhamdulilah diberi oleh-Nya kekuatan untuk aku teruskan cabaran mentor ku Dr. Azizan Osman, agar membina sebua blog untuk aku melakukan TINDAKAN!



Sekembalinya aku dari IMKK Ahad baru ini ke rumah ku di Nilai,Negeri Sembilan, aku berasa sangat POSITIF seakan arnab DURACELL!!! WOW! Doc, TQVM Doc. Terima kasih kerana memperkenalkan saya mengenai M.E.S.T.I !!!


Takkan ku berpaling ke belakang mengenang masa silam ku yang turun naik tak keruan. Akan ku abaikan si BIAWAKsssssss YANG banyak meruntuhkan semangat dan keyakinan aku selama ini.


Buat DIRIKU sendiri, suamiku tersayang Encik Ramlee, yang tercinta,emakku Puan Rosinah@Rosita serta abahku Encik Idris Sham juga anakku Muhammad Ziqri Rizqin Ramlee. Semua yang aku lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih sanggup berkorban untukku..suamiku sanggup ditinggalkan, anakku yang masih bayi sanggup tergantung2 dibadanku dikendong dalam carrier, juga buat mak dan abah yang sanggup menjaga cucunya yang aktif ni.


Taklupa buat bakal kak ipar ku yang aku sayang, CHENTA QASEH, THANK YOU for always being on my side!!!



101 GOALS = 101 IMPIAN saya, akan saya kotakan mengikut teknik Dr Azizan Osman. TQ ustaz @ dr. azizan osman!!!