12.Saya mahu menunaikan umrah dan haji bersama-sama Suami , Encik Ramlee, emak saya Puan Rosinah@Rosita Ismail dan Encik Idris Bin Sham juga anak saya Muhammad Ziqri Rizqin Ramlee DAN juga adik-adiknya yang bakal menyusul.
13.Saya mahu menghantar ibu dan bapa saudara suami saya yang membela dan menjaga suami saya sehingga suami saya dewasa untuk menunaikan Umrah dan Haji.
14.Saya mahu membuka akaun emas dan menyimpan emas untuk merasakan getarraaaannnn emas itu!
15.Saya mahu membayar dan melunaskan segala hutang saya dengan PTPTN,kawan-kawan,saudara mara,bank dan clearkan nama saya dari mungkin disenaraihitamkan.
16.Saya mahu pergi kelas dandanan dan fashion agar saya dapat tampil cantik di mata suami saya.
17.Saya mahukan sebuah rumah yang mempunyai bilik untuk :
- saya dan suami
- anak2 lelaki
- anak2 perempuan
- emak dan abah saya
- ibu dan bapa mertua saya
- tetamu lelaki
- tetamu wanita
- tetamu kelamin
- bilik solat jemaah
- bilik perpustakaan/membaca/menelaah
- ruang santai teater
- bilik rehat pembantu rumah (rumah pembantu rumah disediakan berasingan namun masih didalam kawasan pagar rumah)
18.Saya mahukan handphone yang baru dengan kamera 5.0mp ke atas.
19.Saya mahukan anak-anak saya dapat belajar sehingga PhD dan mempunyai sikap cintakan ilmu sehingga ke Syurga.
20.Saya mahu belajar menembak dan menyertai mana-mana unit Pakaian Seragam walaupun secara Simpanan.
21.Saya mahu berada diantara wanita dibarisan hadapan jika Malaysia atau Islam diceroboh dan berperang.